Malaysia legislation

Section 50

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 50

Tatacara kontraktual silih ganti

(1)

Suatu kontrak antara pelanggan dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh mengehadkan atau menghalang penggantungan atas permintaan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau boleh memperuntukkan selainnya bagi penamatan suatu penggantungan atas permintaan.

(2)

Jika kontrak itu mengehadkan atau menghalang penggantungan oleh Suruhanjaya atau mahkamah apabila pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan tidak ada, had atau halangan itu hendaklah berkuat kuasa hanya jika notis mengenainya disiarkan dalam perakuan.

Larangan terhadap permintaan palsu atau tanpa kuasa bagi penggantungan perakuan 51.

Tiada seorang pun boleh dengan disedari atau dengan sengaja membuat salah nyata kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen mengenai identiti atau kuasanya apabila meminta penggantungan sesuatu perakuan.

Kesan penggantungan perakuan 52.

Tiada apa-apa jua dalam Bab ini boleh melepaskan pelanggan daripada kewajipan di bawah seksyen 43 untuk menyimpan kunci persendirian dengan selamat semasa perakuan digantung.

Section 50 — AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 | mylaw.my