Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Notis pembatalan
(1)
Dengan serta-merta atas pembatalan sesuatu perakuan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan suatu notis yang ditandatangani mengenai pembatalan itu dalam repositori yang dinyatakan dalam perakuan itu bagi penyiaran notis pembatalan.
42
Undang-Undang Malaysia
(2)
Jika satu atau lebih repositori dinyatakan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan notis yang ditandatangani mengenai pembatalan itu dalam semua repositori itu.
(3)
Jika mana-mana repositori yang dinyatakan tidak lagi wujud atau enggan menerima penyiaran, atau jika tiada repositori itu diiktiraf di bawah seksyen 68, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah juga menyiarkan notis itu dalam suatu repositori diiktiraf.
Kesan permintaan pembatalan atas pelanggan 57.
Jika pelanggan telah meminta pembatalan perakuan, pelanggan itu terhenti memperakui sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Bab 3 dan tidak mempunyai apa-apa kewajipan lanjut untuk menyimpan kunci persendirian dengan selamat sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43—
(a)
apabila notis mengenai pembatalan itu disiarkan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 56;
atau
(b)
setelah dua hari perniagaan telah berlalu selepas pelanggan itu meminta pembatalan itu secara bertulis, mengemukakan kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan maklumat yang dengan munasabahnya mencukupi untuk mengesahkan permintaan itu, dan membayar apa-apa fi yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.
Kesan pemberitahuan atas pihak berkuasa pemerakuan berlesen 58.
Atas pemberitahuan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 56, pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah dilepaskan daripada warantinya yang berdasarkan pengeluaran perakuan yang dibatalkan itu dan terhenti memperakui sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 35 dan 36 berhubung dengan perakuan yang dibatalkan itu.
Tandatangan Digital 43