Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
Habisnya tempoh perakuan
(1)
Tarikh habisnya tempoh perakuan hendaklah dinyatakan dalam perakuan.
(2)
Suatu perakuan boleh dikeluarkan bagi apa-apa tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh pengeluaran.
(3)
Apabila perakuan habisnya tempoh, pelanggan dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah terhenti memperakui sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah dilepaskan daripada kewajipannya yang berdasarkan pengeluaran berhubung dengan perakuan yang habisnya tempoh itu.
(4)
Habisnya tempoh sesuatu perakuan tidak boleh menyentuh kewajipan dan obligasi pelanggan dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang ditanggung di bawah dan berhubung dengan perakuan yang habisnya tempoh itu.