Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
Tandatangan digital yang tidak boleh dipercayai
(1)
Melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh undang-undang atau kontrak, penerima tandatangan digital menerima risiko yang tandatangan digital dipalsukan, jika kebergantungan pada tandatangan digital itu tidak munasabah di bawah hal keadaan itu.
(2)
Jika penerima menentukan untuk tidak bergantung pada tandatangan digital di bawah seksyen ini, penerima hendaklah memberitahu penandatangan dengan segera mengenai penentuannya untuk tidak bergantung pada tandatangan digital dan alasan bagi penentuan itu.