Malaysia legislation

Section 62

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 62

Kepuasan kehendak tandatangan

(1)

Jika rukun undang-undang menghendaki tandatangan atau memperuntukkan akibat tertentu dalam ketiadaan tandatangan, rukun itu hendaklah dipuaskan oleh suatu tandatangan digital jika—

(a)

tandatangan digital itu disahbetulkan dengan merujuk kepada kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen;

(b)

tandatangan digital itu telah ditambah oleh penandatangan dengan niat untuk menandatangani mesej itu; dan

Tandatangan Digital 45

(c)

penerima tidak mempunyai pengetahuan atau notis bahawa penandatangan itu—

(i)

telah melanggar kewajipan sebagai pelanggan; atau

(ii)

tidak memegang kunci persendirian yang digunakan untuk menambah tandatangan digital itu secara sah.

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan—

(a)

suatu dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan digital mengikut Akta ini hendaklah mengikat di sisi undang-undang seperti suatu dokumen yang ditandatangani dengan suatu tandatangan tulisan tangan, suatu cap ibu jari yang ditambah atau apa-apa tanda lain; dan

(b)

suatu tandatangan digital yang dihasilkan mengikut Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu tandatangan yang mengikat di sisi undang-undang.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang apa-apa simbol daripada menjadi sah sebagai suatu tandatangan di bawah mana-mana undang-undang terpakai lain.

Section 62 — AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 | mylaw.my