Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Fungsi pihak berkuasa pemerakuan berlesen
(1)
Fungsi pihak berkuasa pemerakuan berlesen adalah untuk mengeluarkan perakuan kepada pelanggan apabila dipohon dan apabila kehendak pihak berkuasa pemerakuan berlesen tentang identiti pelanggan yang hendak disenaraikan dalam perakuan dipuaskan dan apabila dibayar fi dan caj yang ditetapkan.
(2)
Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, sebelum mengeluarkan mana-mana perakuan di bawah Akta ini, mengambil segala langkah munasabah untuk memeriksa bagi pengenalpastian sewajarnya pelanggan yang hendak disenaraikan dalam perakuan.
(3)
Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, apabila mana-mana perakuan dikeluarkan di bawah Akta ini, menyebabkan supaya permohonan bagi perakuan itu diperakui oleh notari awam yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta Notari Awam 1959
[Akta 115].