Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Permohonan bagi mendapatkan lesen
(1)
Suatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah Akta ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Suruhanjaya dalam borang yang ditetapkan.
(2)
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan dan Suruhanjaya boleh, secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum permohonan itu ditentukan, menghendaki pemohon memberi
18
Undang-Undang Malaysia apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon untuk lesen itu.
(3)
Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutannya yang diberikan oleh Suruhanjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan lagi, tanpa menjejaskan permohonan baru dibuat oleh pemohon.