Malaysia legislation
Section 70
Seksyen 70
Pengiktirafan perkhidmatan penanda tarikh/masa
(1)
Suruhanjaya boleh mengiktiraf satu atau lebih perkhidmatan penanda tarikh/masa, setelah menentukan bahawa sesuatu perkhidmatan yang hendak diiktiraf memuaskan kehendak yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Tatacara bagi pengiktirafan perkhidmatan penanda tarikh/
masa hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3)
Suruhanjaya hendaklah menyiarkan senarai perkhidmatan penanda tarikh/masa diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan olehnya.