Malaysia legislation

Section 71

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 71

Larangan terhadap aktiviti merbahaya

(1)

Tiada pihak berkuasa pemerakuan, sama ada dilesenkan atau tidak, boleh menjalankan perniagaannya dengan cara yang menghasilkan risiko kehilangan yang tidak munasabah kepada pelanggan pihak berkuasa pemerakuan itu, kepada orang yang bergantung pada perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan itu atau kepada repositori.

50

Undang-Undang Malaysia

(2)

Suruhanjaya boleh menyiarkan dalam satu atau lebih repositori diiktiraf pernyataan ringkas yang menasihatkan pelanggan, orang yang bergantung pada tandatangan digital dan repositori mengenai apa-apa aktiviti pihak berkuasa pemerakuan, sama ada dilesenkan atau tidak, yang menghasilkan risiko yang dilarang di bawah subseksyen (1).

(3)

Pihak berkuasa pemerakuan yang dinamakan dalam sesuatu pernyataan sebagai menghasilkan atau menyebabkan suatu risiko boleh membantah penyiaran pernyataan itu dengan memfailkan suatu pembelaan bertulis ringkas.

(4)

Apabila diterima bantahan yang dibuat di bawah subseksyen

(3)

, Suruhanjaya hendaklah menyiarkan pembelaan bertulis itu bersama dengan pernyataan Suruhanjaya, dan hendaklah dengan serta-merta memberi pihak berkuasa pemerakuan yang membantah itu notis serta peluang yang munasabah untuk didengar.

(5)

Jika, selepas suatu pendengaran, Suruhanjaya menentukan bahawa penyiaran pernyataan nasihat itu tidak wajar, Suruhanjaya hendaklah membatalkan pernyataan nasihat itu.

(6)

Jika, selepas suatu pendengaran, Suruhanjaya menentukan bahawa pernyataan nasihat itu tidak lagi wajar, Suruhanjaya hendaklah membatalkan pernyataan nasihat itu.

(7)

Jika, selepas suatu pendengaran, Suruhanjaya menentukan bahawa pernyataan nasihat itu tetap wajar, Suruhanjaya boleh meneruskan atau meminda pernyataan nasihat itu dan boleh mengambil tindakan undang-undang selanjutnya untuk menyingkirkan atau mengurangkan risiko yang dilarang di bawah subseksyen (1).

(8)

Suruhanjaya hendaklah menyiarkan keputusannya di bawah subseksyen (5), (6) atau (7), mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam satu atau lebih repositori diiktiraf.

Section 71 — AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 | mylaw.my