Malaysia legislation
Section 72
Seksyen 72
Kewajipan kerahsiaan
(1)
Kecuali bagi maksud Akta ini, tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain yang diperoleh di bawah Akta ini boleh menzahirkan rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain itu kepada mana-mana orang lain.
Tandatangan Digital 51
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Maklumat palsu 73.
Seseorang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan dalam apa-apa butir-butir melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.