Malaysia legislation

Section 77

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 77

Penggeledahan dengan waran

(1)

Jika seseorang Majistret mendapati, atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalamnya, masuk ke dalam premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan, dan di sana menggeledah dan menyita—

(a)

salinan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang disyaki dengan munasabah mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan sedemikian;

(b)

apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis atau alat lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa orang itu ialah pihak berkuasa pemerakuan berlesen;

dan

(c)

apa-apa dokumen, artikel atau benda lain yang dengan munasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

54

Undang-Undang Malaysia

(2)

Seseorang pegawai polis atau seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah dengan munasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyiasat ke dalam kesalahan itu, memeriksa badan mana-mana orang yang berada dalam atau atas premis itu.

(3)

Seseorang pegawai polis atau seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan badan di bawah subseksyen (2) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu.

(4)

Tiada seorang pun wanita boleh diperiksa badannya di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang wanita lain.

(5)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(6)

Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang dilak atau mencuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 78.

Jika seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 77 mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk

Tandatangan Digital 55

ke dalam premis itu dan menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 77

dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Section 77 — AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 | mylaw.my