Malaysia legislation
Section 79
Seksyen 79
Akses kepada data berkomputer
(1)
Seseorang pegawai polis yang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen 77 atau 78 atau seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen 77 hendaklah diberikan akses kepada data berkomputer sama ada distorkan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuklah dengan diperuntukkan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami.