Malaysia legislation

Section 83

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 83

Penalti am

(1)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “Akta ini” tidak termasuk peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Mendapatkan kos prosedural 84.

Jika Suruhanjaya mendapati bahawa pihak berkuasa pemerakuan telah melanggar Akta ini, Suruhanjaya boleh memerintahkan pihak berkuasa pemerakuan itu membayar kos yang dilakukan oleh

Suruhanjaya dalam prosiding pendakwaan dan penghakiman berhubung dengan perintah itu dan dalam menguatkuasakannya.

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh diperdapatkan 85.

Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang disita pada menjalankan

Tandatangan Digital 57

atau yang dikatakan pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relif lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Section 83 — AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 | mylaw.my