Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
Permulaan dan penjalanan pendakwaan
(1)
Tiada pendakwaan bagi atau yang berhubungan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa kebenaran secara bertulis Pendakwa Raya.
(2)
Mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis dengan sewajarnya oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Bidang kuasa membicarakan kesalahan 87.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, suatu Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa membicarakan apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian.
Perlindungan Suruhanjaya dan pegawai 88.
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
(b)
mana-mana orang lain bagi atau atas atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan dicapai olehnya.
58
Undang-Undang Malaysia