Malaysia legislation
Section 91
Seksyen 91
Peraturan-peraturan
(1)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
menetapkan kehendak kelayakan bagi pihak berkuasa pemerakuan;
(b)
menetapkan cara memohon bagi lesen dan perakuan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dikemukakan oleh pemohon, cara melesenkan dan memperakukan, fi yang kena dibayar mengenainya, syarat atau sekatan yang hendaklah dikenakan dan borang bagi lesen dan perakuan;
(c)
mengawal selia pengendalian pihak berkuasa pemerakuan berlesen;
(d)
menetapkan kehendak untuk kandungan, bentuk dan sumber maklumat dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan, pengemaskinian dan ketepatan pada masanya maklumat itu serta amalan dan dasar lain yang berhubungan dengan rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan;
(e)
menetapkan borang pernyataan amalan pemerakuan;
(f)
menetapkan kehendak kelayakan bagi juruaudit dan tatacara untuk audit;
Tandatangan Digital 59
(g)
menetapkan kehendak bagi repositori dan tatacara bagi pengiktirafan repositori;
(h)
menetapkan kehendak bagi perkhidmatan penanda tarikh/
masa dan tatacara bagi pengiktirafan perkhidmatan penanda tarikh/masa;
(i)
menetapkan tatacara bagi memeriksa perisian yang digunakan dalam menghasilkan tandatangan digital dan standard yang terpakai berhubung dengan tandatangan digital dan amalan pemerakuan serta bagi menyiarkan laporan mengenai perisian dan standard itu;
(j)
menetapkan borang bagi maksud Akta ini;
(k)
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi dan caj itu;
(l)
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dicadangkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
(2)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.