Malaysia legislation

Section 92

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 92

Kecualian dan peralihan

(1)

Suatu pihak berkuasa pemerakuan yang telah menjalankan atau mengendalikan sebagai suatu pihak berkuasa pemerakuan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, tidak lewat dari tiga bulan dari mula berkuat kuasanya itu, memperoleh suatu lesen di bawah Akta ini.

(2)

Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak memperoleh lesen selepas tempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1), ia hendaklah disifatkan sebagai suatu pihak berkuasa pemerakuan tidak berlesen dan peruntukan

Akta ini hendaklah terpakai kepadanya dan perakuan yang dikeluarkan olehnya dengan sewajarnya.

60

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan yang disebut dalam subseksyen (1) telah memperoleh lesen mengikut Akta ini dalam tempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1), segala perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan itu sebelum

Akta ini mula berkuat kuasa, setakat yang ia selaras dengan Akta ini, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan hendaklah mempunyai kesan yang sewajarnya.

Tandatangan Digital 61

Akta 562

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A1121

Akta Tandatangan Digital 01-11-2001

(Pindaan) 2001

62

Undang-Undang Malaysia

Akta 562

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A1121 01-11-2001

Akta A1121 01-11-2001 3

Akta A1121 01-11-2001 8

Akta A1121 01-11-2001 9

Akta A1121 01-11-2001 75

Akta A1121 01-11-2001 75A

Akta A1121 01-11-2001 88

Akta A1121 01-11-2001

Keseluruhan Akta

Akta A1121 01-11-2001

perkataan “Pengawal”

digantikan dengan

“Suruhanjaya”

Section 92 — AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 | mylaw.my