Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Pembatalan lesen
(1)
Suruhanjaya boleh membatalkan sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 8 jika ia berpuas hati bahawa—
(a)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tidak mematuhi mana-mana obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini;
(b)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang
Tandatangan Digital 19
bertulis lain, tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian;
(c)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah, sama ada berkaitan dengan permohonan bagi mendapatkan lesen itu atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen itu, memberi Suruhanjaya maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat atau dokumen atau perisytiharan yang dibuat oleh atau bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang adalah atau yang akan menjadi pengarah, suruhanjaya atau pengurus pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat;
(d)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan awam atau ekonomi negara;
(e)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk menjelaskan liabilitinya;
(f)
suatu perintah penggulungan telah dibuat terhadap pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau suatu ketetapan bagi penggulungan sukarelanya telah diluluskan;
(g)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau mana-mana pegawainya yang memegang jawatan pengurusan atau eksekutif telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak;
(h)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau pengarah, suruhanjaya atau pengurusnya telah disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini; atau
(i)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu terhenti menjadi pihak berkuasa pemerakuan yang layak.
(2)
Sebelum membatalkan sesuatu lesen, Suruhanjaya hendaklah memberi pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu notis bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan menghendaki pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu menunjukkan sebab dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu mengapa lesen itu tidak patut dibatalkan.
(3)
Jika Suruhanjaya memutuskan untuk membatalkan lesen itu, ia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pihak berkuasa pemerakuan berkenaan secara bertulis mengenai keputusannya itu.
20
Undang-Undang Malaysia
(4)
Pembatalan sesuatu lesen hendaklah mula berkuat kuasa—
(a)
jika tiada rayuan dibuat terhadap pembatalan itu, apabila habisnya tempoh empat belas hari dari tarikh notis pembatalan itu disampaikan kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu; atau
(b)
jika terdapat rayuan terhadap pembatalan itu, apabila pembatalan itu disahkan oleh Menteri.
(5)
Jika suatu rayuan telah dibuat terhadap pembatalan sesuatu lesen, pihak berkuasa pemerakuan yang lesennya telah dibatalkan sedemikian tidak boleh mengeluarkan apa-apa perakuan sehinggalah rayuan itu dibereskan dan pembatalan itu telah diketepikan oleh
Menteri tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh mencegah pihak berkuasa pemerakuan itu daripada memenuhi obligasinya yang lain kepada pelanggannya dalam tempoh itu.
(6)
Seseorang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(7)
Jika pembatalan sesuatu lesen telah mula berkuat kuasa,
Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, menyebabkan supaya pembatalan itu disiarkan dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan yang disenggarakan olehnya bagi pihak berkuasa pemerakuan yang berkenaan dan diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa kebangsaan dan satu akhbar harian kebangsaan bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
(8)
Apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk menyiarkan atau mengiklankan notis pembatalan itu tidaklah dengan apa-apa jua cara menyentuh kesahan pembatalan itu.