Malaysia legislation

Section 8

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 8

Pemberian atau keengganan memberi lesen

(1)

Suruhanjaya hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya mengikut seksyen 7 dan selepas diberi segala dokumen dan maklumat yang dikehendakinya, menimbangkan permohonan itu, dan jika ia berpuas hati bahawa pemohon ialah suatu pihak berkuasa pemerakuan yang layak dan pemegang lessen yang sesuai, dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, memberikan lesen dengan atau tanpa syarat, atau enggan memberikan lesen.

(2)

Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1)

hendaklah menyatakan jangka masa lesen dan nombor lesen.

(3)

Terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah lesen boleh diubah atau dipinda oleh Suruhanjaya pada bila-bila masa dengan syarat bahawa pemegang lesen diberi peluang yang munasabah untuk didengar.

(4)

Jika Suruhanjaya enggan memberikan lesen, ia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.