Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
pemegang kelulusan galakan itu telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini,
Akta
Bekalan
Elektrik 1990 atau mana-mana perundangan subsidiari
Akta-Akta itu;
(b)
pemegang kelulusan galakan itu telah tidak mematuhi mana-mana syarat kelulusan galakan itu;
(c)
pemegang kelulusan galakan itu telah mendapatkan kelulusan galakan itu dengan cara yang tidak wajar atau tidak sah;
(d)
pemegang kelulusan galakan itu telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Akta Bekalan
Elektrik 1990 atau mana-mana perundangan subsidiari
Akta-Akta itu;
(e)
seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang seumpamanya telah dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang kelulusan galakan itu dan pelantikan itu tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau
(f)
terdapat suatu perubahan dalam hal keadaan yang menyebabkan pemegang kelulusan galakan itu tidak lagi berhak untuk diberi kelulusan galakan di bawah Akta ini.
Tenaga Boleh Baharu 17
(2)
Sebelum Pihak Berkuasa membuat keputusan di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah memberi pemegang kelulusan galakan itu—
(a)
suatu notis bertulis mengenai niat Pihak Berkuasa untuk membatalkan kelulusan galakan itu; dan
(b)
suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari.
(3)
Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu,
Pihak
Berkuasa hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang kelulusan galakan itu, memutuskan sama ada untuk membatalkan kelulusan galakan itu atau tidak.
(4)
Pihak Berkuasa hendaklah memberi pemegang kelulusan galakan itu notis bertulis mengenai keputusan Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(5)
Pemegang kelulusan galakan tidak berhak kepada apa-apa bentuk pampasan daripada Kerajaan, Menteri, Pihak Berkuasa atau
Suruhanjaya jika kelulusan galakan itu dibatalkan mengikut subseksyen (3).
(6)
Pembatalan sesuatu kelulusan galakan di bawah subseksyen (3)
hendaklah berkuat kuasa—
(a)
pada tarikh yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (4); atau
(b)
jika tiada tarikh dinyatakan dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (4), apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu disampaikan ke atas pemegang kelulusan galakan itu.
(7)
Jika pembatalan kelulusan galakan telah berkuat kuasa, pemegang kelulusan galakan itu hendaklah dengan serta-merta tidak
18
Undang-Undang Malaysia berhak untuk menyertai sistem tarif galakan dan untuk menerima pembayaran tarif galakan.
Rayuan