Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(a)
mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas kelulusan galakan; atau
(b)
mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas kelulusan galakan.
(2)
Sebelum Pihak Berkuasa membuat keputusan di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah memberi pemegang kelulusan galakan itu—
(a)
suatu notis bertulis mengenai niat Pihak Berkuasa itu berserta dengan suatu salinan draf pengenaan, pengubahan atau pembatalan syarat itu; dan
(b)
suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari.
(3)
Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Pihak
Berkuasa hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang kelulusan galakan itu, memutuskan sama ada untuk mengenakan syarat tambahan itu, untuk mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau untuk tidak mengambil tindakan selanjutnya.
16
Undang-Undang Malaysia
(4)
Pihak Berkuasa hendaklah memberi pemegang kelulusan galakan suatu notis bertulis mengenai keputusan Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (3) dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.
Pembatalan kelulusan galakan