Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ditetapkan”

ertinya ditetapkan oleh

Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 60 atau ditetapkan oleh Pihak Berkuasa melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 61, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“elektrik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447];

“juruaudit yang dilantik” ertinya mana-mana juruaudit yang dilantik oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 28;

“kadar pengurangan” ertinya kadar pengurangan progresif tahunan tarif galakan yang dinyatakan dalam ruang kelima Jadual;

“kelulusan galakan” ertinya suatu kelulusan yang diberikan di bawah seksyen 7;

“keselamatan awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990;

*CATATAN—Pemakaian keseluruhan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725] digantung di Negeri Sabah berkuat kuasa dari 3 Januari 2024—lihat P.U. (A) 396/2023.

Tenaga Boleh Baharu 9

“keselamatan diri” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990;

“kesetaraan grid”, berhubung dengan pepasangan tenaga boleh baharu yang tertentu, ertinya masa apabila kadar tarif galakan yang terpakai bagi pepasangan tenaga boleh baharu itu adalah bersamaan dengan atau lebih murah daripada kos pembekalan;

“kos pembekalan” ertinya kos purata penjanaan dan pembekalan satu kilowatt jam elektrik daripada sumber selain sumber boleh baharu melalui talian bekalan sehingga ke tempat saling hubungan dengan pepasangan tenaga boleh baharu;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;

“mengagihkan” ertinya untuk mengendalikan, menyenggarakan dan mengagihkan elektrik melalui rangkaian pengagihan elektrik;

“Menteri”

ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik;

“Menteri Kewangan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam, pegawai

Pihak Berkuasa atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri di bawah seksyen 36;

“pemegang kelulusan galakan” ertinya seseorang yang memegang kelulusan galakan;

“pemegang lesen pengagihan” ertinya pemegang suatu lesen untuk mengagihkan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 9

Akta Bekalan Elektrik 1990;

“penjana yang layak” ertinya seseorang yang layak untuk memohon untuk menyertai sistem tarif galakan di bawah seksyen 4;

10

Undang-Undang Malaysia

“pepasangan tenaga boleh baharu” ertinya suatu pepasangan yang menjana tenaga boleh baharu dan termasuklah apa-apa kemudahan teknikal bagi pepasangan itu yang menukarkan tenaga mekanikal, kimia, haba atau elektromagnet secara langsung kepada elektrik;

“perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu” ertinya perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu antara pemegang lesen pengagihan dengan pemegang kelulusan galakan di bawah seksyen 12;

“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga

Lestari Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa

Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726];

“rangkaian pengagihan elektrik” ertinya suatu sistem atau sebahagian daripada sistem pada voltan nominal yang kurang daripada satu ratus tiga puluh dua kilovolt bagi talian atau kabel elektrik, bagi substesen dan bagi kelengkapan dan bangunan yang berkaitan bagi pembawaan elektrik kepada mana-mana orang tidak kira sama ada suatu loji jana kuasa disambungkan kepada sistem sedemikian;

“sistem tarif galakan” ertinya sistem yang diwujudkan di bawah seksyen 3;

“sumber boleh baharu” ertinya sumber asli yang berulang-ulang dan tidak akan habis atau teknologi yang dinyatakan dalam ruang pertama

Jadual;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Tenaga yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610];

“talian bekalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990;

“tarif galakan” ertinya tarif khas yang kena dibayar kepada pemegang kelulusan galakan sebagai balasan bagi tenaga boleh baharu yang dijana dan dijual kepada pemegang lesen pengagihan yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual;

Tenaga Boleh Baharu 11

“tarikh permulaan kuat kuasa tarif galakan”, berhubung dengan pemegang kelulusan galakan, ertinya tarikh apabila pepasangan tenaga boleh baharu mula-mula menjana tenaga boleh baharu bagi jualan komersial menurut perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang telah berkuat kuasa mengikut seksyen 12;

“tempoh berkuat kuasa”, berhubung dengan pemegang kelulusan galakan, ertinya tempoh yang bermula dari tarikh permulaan kuat kuasa tarif galakan yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual;

“tenaga boleh baharu” ertinya elektrik yang dijana atau dihasilkan daripada sumber boleh baharu.