Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

Seksyen 3

(a)

penyambungan kepada tempat sambungan talian bekalan bagi pengagihan tenaga boleh baharu yang dijana oleh pepasangan tenaga boleh baharu yang dipunyai oleh pemegang kelulusan galakan;

(b)

keutamaan pembelian dan pengagihan oleh pemegang lesen pengagihan bagi tenaga boleh baharu yang dijana dan dijual oleh pemegang kelulusan galakan; dan

(c)

tarif galakan yang hendaklah dibayar oleh pemegang lesen pengagihan kepada pemegang kelulusan galakan bagi tenaga boleh baharu sedemikian.

(2)

Sistem tarif galakan hendaklah ditadbirkan dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa mengikut peruntukan Akta ini.

12

Undang-Undang Malaysia

(3)

Dalam menjalankan fungsi dan obligasinya di bawah Akta ini,

Pihak

Berkuasa hendaklah memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada—

(a)

objektif Akta ini;

(b)

dasar tenaga boleh baharu Kerajaan;

(c)

jumlah wang yang ada dalam Kumpulan Wang dari semasa ke semasa;

(d)

keperluan bagi kelestarian dan kepelbagaian dalam sumber boleh baharu; dan

(e)

keperluan persaingan yang adil dan ketelusan dalam pelaksanaan sistem tarif galakan.

Kelayakan bagi menyertai sistem tarif galakan