Malaysia legislation

Section 60

of *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

Seksyen 60

Pihak Berkuasa—

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan kriteria yang hendaklah dipenuhi supaya sumber tenaga yang tertentu boleh dianggap sebagai suatu sumber boleh baharu bagi maksud Akta ini;

(b)

untuk menetapkan apa-apa perkara berhubung dengan

Kumpulan Wang;

(c)

untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendaklah digunakan dan kaedah dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan bagi maksud seksyen 53;

52

Undang-Undang Malaysia

(d)

untuk menetapkan cara rayuan di bawah seksyen 11;

(e)

untuk menetapkan semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan, atau menjalankan dengan lebih baik, peruntukan Akta ini.

Kuasa Pihak Berkuasa untuk membuat kaedah-kaedah

Section 60 — AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 | mylaw.my