Malaysia legislation

Section 61

of *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

Seksyen 61

Pihak Berkuasa boleh membuat apa-apa kaedah bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

untuk menetapkan semua perkara berhubung dengan permohonan kelulusan galakan, termasuk kriteria kelayakan bagi pemohon, cara permohonan dan tempoh, bentuk dan syarat standard bagi kelulusan galakan;

(b)

untuk menetapkan bentuk dan kandungan perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu di bawah seksyen 12;

(c)

untuk menetapkan kehendak teknikal dan pengendalian bagi maksud seksyen 15;

(d)

untuk menetapkan kriteria yang hendaklah dipenuhi oleh pepasangan tenaga boleh baharu bagi menentukan kelayakan pemegang kelulusan galakan untuk menerima kadar tarif galakan tertentu bagi maksud seksyen 16;

(e)

untuk menetapkan tatacara bagi mendapatkan wang daripada Kumpulan Wang dan kaedah pengiraan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang lesen pengagihan di bawah seksyen 19;

(f)

untuk menetapkan fi yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini;

(g)

untuk menetapkan apa-apa perkara yang baginya Akta ini membuat suatu peruntukan nyata untuk ditetapkan oleh

Pihak Berkuasa.

Tenaga Boleh Baharu 53

Penalti bagi perundangan subsidiari

Section 61 — AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 | mylaw.my