Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Pihak Berkuasa hendaklah memaklumkan keputusannya di bawah subseksyen (1) kepada penjana yang layak dan pemegang lesen pengagihan yang berkenaan melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(3)
Notis bertulis oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (2)
hendaklah menyatakan—
(a)
dalam hal jika permohonan itu diluluskan, hakikat kelulusan itu dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen 8; dan
(b)
dalam hal jika permohonan itu ditolak, hakikat penolakan itu dan sebab bagi penolakan itu.
(4)
Pemberian kelulusan galakan di bawah seksyen ini hendaklah bersifat peribadi bagi pemegang kelulusan galakan itu dan kelulusan galakan itu tidak boleh diserah hak atau dipindah milik kepada mana-mana orang lain kecuali dengan kelulusan bertulis daripada
Pihak Berkuasa terlebih terdahulu.
Syarat bagi kelulusan galakan