Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Undang-Undang Malaysia
(a)
hendaklah mengenakan kesemua syarat standard bagi kelulusan galakan sebagaimana yang ditetapkan; dan
(b)
boleh mengenakan apa-apa syarat khas yang difikirkannya patut.
(2)
Pemegang kelulusan galakan hendaklah mematuhi—
(a)
syarat standard yang ditetapkan bagi kelulusan galakan itu;
dan
(b)
apa-apa syarat khas bagi kelulusan galakan itu,
Tenaga Boleh Baharu 15
yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (1).
(3)
Seseorang pemegang kelulusan galakan yang tidak mematuhi mana-mana syarat kelulusan galakan di bawah subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk mengenakan syarat tambahan dan untuk mengubah atau membatalkan syarat