Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 41
seksyen yang berikut:
“Penzahiran maklumat yang berhubungan dengan prosiding timbang tara dan award dilarang 41a. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tiada pihak boleh menyiarkan, menzahirkan atau menyampaikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan—
(a)
prosiding timbang tara di bawah perjanjian timbang tara; atau
(b)
suatu award yang dibuat dalam prosiding timbang tara itu.
(2)
Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) boleh menghalang penyiaran, penzahiran atau penyampaian maklumat yang disebut dalam subseksyen itu oleh suatu pihak—
(a)
jika penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu dibuat—
(i)
untuk melindungi atau meneruskan suatu hak atau kepentingan di sisi undang-undang pihak itu; atau
(ii)
untuk menguatkuasakan atau mencabar award yang disebut dalam subseksyen itu, dalam prosiding undang-undang di hadapan suatu mahkamah atau pihak berkuasa kehakiman yang lain di dalam atau di luar Malaysia;
(b)
jika penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu dibuat kepada mana-mana badan kerajaan, badan kawal selia, mahkamah atau tribunal dan pihak itu berkewajipan di bawah undang-undang untuk membuat penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu; atau
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1569
(c)
jika penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu dibuat kepada seorang penasihat profesional atau mana-mana penasihat lain mana-mana pihak.
Prosiding didengari selain dalam mahkamah terbuka 41b. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), prosiding mahkamah di bawah Akta ini hendaklah didengari selain dalam mahkamah terbuka.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), mahkamah boleh memerintahkan prosiding itu didengari dalam mahkamah terbuka—
(a)
atas permohonan mana-mana pihak; atau
(b)
jika, dalam apa-apa kes tertentu, mahkamah berpuas hati bahawa prosiding itu seharusnya didengari di mahkamah terbuka.
(3)
Suatu perintah mahkamah di bawah subseksyen (2)
muktamad.”.
Pemotongan seksyen 42