Malaysia legislation

Section 10

of AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) (NO. 2) 2018

Seksyen 10

Seksyen 33 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:

“(6)  Tertakluk kepada subseksyen (8), melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tribunal timbang tara boleh, dalam prosiding timbang tara di hadapannya, mengaward faedah mudah atau berganda dari tarikh, pada apa-apa kadar dan dengan apa-apa rest sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh tribunal timbang tara, untuk apa-apa tempoh yang berakhir tidak lewat dari tarikh pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diaward oleh tribunal timbang tara dalam prosiding timbang tara itu;

(b)

apa-apa jumlah wang yang menjadi isu dalam prosiding timbang tara tetapi telah dibayar sebelum tarikh award itu; atau

(c)

kos yang diaward atau diperintahkan oleh tribunal timbang tara dalam prosiding timbang tara itu.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:

“(7)  Tiada apa-apa dalam subseksyen (6) boleh menjejaskan apa-apa kuasa suatu tribunal timbang tara untuk mengaward faedah.

(8)

Jika suatu award mengarahkan suatu jumlah wang untuk dibayar jumlah wang itu hendaklah, melainkan jika award itu mengarahkan selainnya, mengenakan faedah dari tarikh award itu dan pada kadar yang sama sebagaimana suatu hutang penghakiman.”.

Timbang Tara (Pindaan) (No. 2)

15

Seksyen baharu 41a dan 41b

Section 10 — AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) (NO. 2) 2018