Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pindaan seksyen 9
(a)
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Suatu perjanjian timbang tara adalah secara bertulis—
(a)
jika kandungannya direkodkan dalam apa jua bentuk, sama ada atau tidak perjanjian timbang tara atau kontrak itu telah dipersetujui secara lisan, melalui kelakuan, atau dengan cara lain; atau
(b)
jika perjanjian itu terkandung dalam suatu pertukaran pernyataan tuntutan dan pembelaan yang dalamnya kewujudan suatu perjanjian dikatakan oleh satu pihak dan tidak dinafikan oleh pihak yang satu lagi.”;
Timbang Tara (Pindaan) (No. 2)
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen 4 subseksyen yang berikut:
“(4a) Kehendak suatu perjanjian timbang tara dibuat secara bertulis dipenuhi oleh apa-apa komunikasi elektronik yang dibuat oleh pihak-pihak melalui mesej data jika maklumat yang terkandung dalamnya boleh diakses supaya boleh digunakan untuk rujukan yang berikutnya.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Bagi maksud seksyen ini, “mesej data” ertinya maklumat yang dijana, dihantar, diterima atau disimpan dengan cara elektronik, magnetik, optik atau cara seumpamanya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pertukaran data elektronik, mel elektronik, telegram, teleks atau salinan teleks.”.
Pindaan seksyen 11