Malaysia legislation

Section 6

of AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) (NO. 2) 2018

Seksyen 6

Subseksyen 11(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “bagi:” dengan perkataan

“bagi pihak itu untuk—”; dan

(b)

dengan menggantikan perenggan (a) hingga (h) dengan perenggan yang berikut:

“(a) mengekalkan atau memulihkan status quo sementara penentuan pertikaian itu selesai;

(b)

mengambil tindakan yang boleh mencegah atau menghalang daripada mengambil tindakan yang berkemungkinan menyebabkan kemudaratan semasa atau kemudaratan hampir atau menjejaskan proses timbang tara itu;

(c)

menyediakan suatu cara untuk pemeliharaan aset yang daripadanya suatu award yang berikutnya dapat dijelaskan sama ada melalui penahanan harta atau ikat jamin atau jaminan lain menurut bidang kuasa admiralti Mahkamah Tinggi;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1569

(d)

memelihara keterangan yang relevan dengan dan penting kepada penyelesaian pertikaian itu; atau

(e)

menyediakan jaminan bagi kos pertikaian itu.”.

Pindaan seksyen 19

Section 6 — AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) (NO. 2) 2018