Malaysia legislation

Section 9

of AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) (NO. 2) 2018

Seksyen 9

Seksyen 30 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Tribunal timbang tara hendaklah memutuskan pertikaian itu mengikut apa-apa kaedah undang-undang sebagaimana yang dipilih oleh pihak-pihak sebagai terpakai bagi isi pertikaian itu.”;

(b)

dengan memotong subseksyen (2);

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“Apa-apa penetapan oleh pihak-pihak tentang undang-undang” dengan perkataan “Apa-apa penetapan undang-undang atau sistem undang-undang”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Sekiranya tiada apa-apa penetapan oleh pihak-pihak, tribunal timbang tara hendaklah memakai undang-undang yang ditentukan oleh kaedah-kaedah percanggahan undang-undang yang difikirkannya terpakai.”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(4a)  Tribunal timbang tara hendaklah membuat keputusan mengikut ekuiti dan perasaan hati hanya jika pihak-pihak membenarkan secara nyata untuk berbuat demikian.”.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1569

Pindaan seksyen 33

Section 9 — AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) (NO. 2) 2018