Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA UBAT (IKLAN DAN PENJUALAN) 1956

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

“bahan” termasuklah sesuatu sediaan;

“bahan yang disyorkan sebagai ubat” berhubungan dengan penjualan sesuatu artikel yang terdiri daripada atau mengandungi sesuatu bahan yang disyorkan sedemikian ertinya sesuatu bahan yang dirujukkan―

(a)

pada artikel itu, atau pada mana-mana pembalut atau bekas dalam mana artikel itu dijual, atau pada mana-mana label yang dilekatkan pada, atau dalam mana-mana dokumen yang disertakan di dalam, artikel atau pembalut atau bekas itu; atau 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 290

(b)

dalam mana-mana plakad atau dokumen lain yang dipamerkan di tempat di mana artikel itu dijual; atau

(c)

dalam mana-mana iklan yang disiarkan selepas Akta ini diluluskan oleh atau bagi pihak pengilang artikel itu, atau orang yang menjalankan perniagaan itu dalam masa mana artikel itu telah dijual, atau, dalam hal di mana artikel itu di bawah surat gelaran berkeupayaan, empunya gelaran itu, dalam keadaan yang direncanakan untuk mempengaruhi penggunaan bahan itu bagi mencegah atau merawat apa-apa penyakit, kelemahan atau kecederaan yang melibatkan tubuh manusia, bukan dalam keadaan yang memberi suatu benda yang jelas bahawa bahan itu dicadangkan untuk digunakan sebagai, atau sebagai sebahagian daripada, makanan atau minuman, dan bukan sebagai, atau sebagai sebahagian daripada, suatu ubat;

“berdaftar” digunakan bagi rujukan kepada seseorang yang mengamalkan sesuatu profesion ertinya didaftarkan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang terpakai bagi pendaftaran orang yang mengamalkan profesion itu;

“gelaran berkepunyaan”, berhubungan dengan penjualan sesuatu artikel yang terdiri daripada atau mengandungi suatu bahan yang disyorkan sebagai ubat, ertinya perkataan atau perkataan-perkataan yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan berkaitan dengan penjualan artikel yang terdiri daripada atau mengandungi bahan itu bagi maksud menandakan bahawa ianya adalah barang-barang orang yang tertentu melalui pengilangan, pemilihan, pemerakuan, urusan dengan atau tawaran untuk jualan, dan perkataan “empunya”, berhubungan dengan sesuatu gelaran itu, ertinya orang yang barang-barangnya ditanda atau diniatkan untuk ditanda seperti yang tersebut dahulu oleh gelaran itu;

“hospital awam” termasuklah mana-mana klinik awam, dispensari awam atau institusi awam lain bagi penerimaan orang yang sakit sama ada sebagai pesakit dalam atau pesakit luar;

Ubat (Iklan dan Penjualan) 7

“hospital swasta” ertinya hospital yang didaftarkan di bawah Akta

Hospital Persendirian 1971 [Akta 43];

“iklan” meliputi apa-apa notis, pekeliling, laporan, ulasan, risalah, label, pembalut atau dokumen lain, dan apa-apa pengumuman yang dibuat secara lisan atau melalui apa-apa cara mengeluarkan atau memancarkan cahaya atau bunyi;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang ahli farmasi dalam perkhidmatan awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri di bawah seksyen 6A untuk menjalankan kuasa seorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta ini;

“perkataan” termasuklah huruf dan angka;

“Senarai Racun” ertinya Senarai Racun dalam Jadual Pertama

Akta Racun 1952 [Akta 366], atau peruntukan undang-undang bersamaan yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan.

Larangan terhadap iklan yang berhubungan dengan penyakit tertentu

Section 2 — AKTA UBAT (IKLAN DAN PENJUALAN) 1956 | mylaw.my