Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA UBAT (IKLAN DAN PENJUALAN) 1956

Seksyen 3

(a)

mencegah atau merawat penyakit dan keadaan manusia seperti yang dinyatakan di dalam Jadual;

(b)

mengamalkan kontrasepsi di kalangan manusia;

(c)

memperbaiki keadaan atau perjalanan ginjal atau jantung manusia, atau memperbaiki fungsi seks atau prestasi seks manusia;

(d)

mengenal pasti sesuatu penyakit seperti yang dinyatakan dalam Jadual:

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 290

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana iklan yang disiarkan oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau awam, atau oleh badan yang mentadbir sesebuah hospital awam atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menyiarkan iklan itu oleh Menteri.

(1A)

Menteri boleh menambah kepada, memotong dari atau meminda Jadual dari semasa ke semasa dengan perintah.

(2)

Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu pelanggaran terhadap peruntukan terdahulu dalam seksyen ini, adalah suatu pembelaan bagi orang yang dituduh untuk membuktikan bahawa iklan yang mengenainya prosiding itu berkaitan telah disiarkan hanya setakat yang semunasabahnya perlu untuk membawanya kepada perhatian orang dari kelas berikut atau seorang atau beberapa orang dari mereka, iaitu−

(a)

anggota pihak berkuasa tempatan atau awam;

(b)

anggota badan yang mentadbir sesuatu hospital awam;

(c)

pengamal perubatan berdaftar;

(d)

doktor pergigian berdaftar;

(e)

jururawat berdaftar dan bidan;

(f)

ahli farmasi berdaftar, ahli kimia serta pemborong dan peniaga runcit racun yang dilesenkan di bawah Akta

Racun 1952, atau undang-undang bersamaan yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, untuk menjual racun yang disenaraikan dalam Bahagian I Senarai Racun;

(g)

orang yang sedang menjalani latihan dengan tujuan untuk menjadi pengamal perubatan berdaftar, doktor pergigian berdaftar, jururawat berdaftar atau ahli farmasi berdaftar atau ahli kimia.

Ubat (Iklan dan Penjualan) 9

Larangan terhadap iklan berhubungan dengan keguguran

Section 3 — AKTA UBAT (IKLAN DAN PENJUALAN) 1956 | mylaw.my