Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
bagi sabitan pertama, denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya; dan
Ubat (Iklan dan Penjualan) 11
(b)
bagi sabitan yang berikutnya, denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit, atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.
(2)
Jika, dalam mana-mana prosiding bagi pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan seksyen 3, 4 dan 4B dibuktikan−
(a)
bahawa sesuatu iklan disiarkan merujuk kepada apa-apa artikel, atau artikel-artikel daripada apa-apa jenis, dalam keadaan yang direncanakan untuk mempengaruhi penggunaan artikel atau artikel-artikel daripada jenis itu―
(i)
bagi pelanggaran terhadap seksyen 3, untuk rawatan ke atas manusia bagi penyakit-penyakit seperti yang disebut dalam subseksyen (1) seksyen itu;
(ii)
bagi pelanggaran terhadap seksyen 4, bagi menyebabkan keguguran pada wanita; atau
(iii)
bagi pelanggaran terhadap seksyen 4B, bagi merawat atau mencegah penyakit atau keadaan manusia selain penyakit dan keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen 3(1);
(b)
bahawa iklan itu juga merujuk kepada artikel atau artikel-artikel dalam keadaan yang direncanakan untuk menandakan bahawa artikel atau artikel-artikel itu dikilangkan, dihasilkan, diimport, dijual atau ditawarkan untuk dijual oleh orang yang dituduh, maka, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, ianya hendaklah dianggapkan bagi maksud prosiding itu bahawa orang itu mengambil bahagian dalam penyiaran iklan itu, tetapi tanpa menjejaskan liabiliti mana-mana orang lain.
(2A)
Jika dalam mana-mana prosiding bagi pelanggaran terhadap seksyen 4A, dibuktikan bahawa sesuatu iklan disiarkan merujuk kepada apa-apa kemahiran atau perkhidmatan dalam keadaan yang
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 290
direncanakan untuk menandakan bahawa kemahiran atau perkhidmatan itu diperuntukkan oleh orang yang dituduh, maka, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, ianya hendaklah dianggapkan bagi maksud prosiding ini bahawa orang yang dituduh itu mengambil bahagian dalam penyiaran iklan itu, tetapi tanpa menjejaskan liabiliti mana-mana orang lain.
(3)
Dalam mana-mana prosiding bagi pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan seksyen 3, 4 dan 4B, adalah suatu pembelaan bagi orang yang dituduh untuk membuktikan—
(a)
bahawa iklan yang mengenainya prosiding itu berkaitan telah disiarkan dalam hal keadaan bahawa dia tidak mengetahui dan tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia telah mengambil bahagian dalam penyiaran itu; atau
(b)
bahawa iklan tersebut telah disiarkan hanya dalam suatu penerbitan yang bersifat teknik yang dicadang diedarkan terutamanya di kalangan orang daripada kelas-kelas berikut, atau seorang atau beberapa orang dari mereka, iaitu—
(i)
pengamal perubatan berdaftar;
(ii)
doktor pergigian berdaftar;
(iii)
jururawat berdaftar dan bidan;
(iv)
ahli farmasi berdaftar, ahli kimia serta pemborong dan peniaga runcit racun yang dilesenkan di bawah Akta Racun 1952, atau undang-undang bersamaan yang berkuat kuasa di Sabah atau
Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, untuk menjual racun yang disenaraikan dalam Bahagian
I Senarai Racun;
(v)
orang yang sedang menjalani latihan dengan tujuan untuk menjadi pengamal perubatan berdaftar,
Ubat (Iklan dan Penjualan) 13
doktor pergigian berdaftar, jururawat berdaftar atau ahli farmasi berdaftar atau ahli kimia.
(4)
Dalam mana-mana prosiding bagi pelanggaran terhadap seksyen 4A, adalah suatu pembelaan bagi orang yang dituduh untuk membuktikan bahawa iklan yang mengenainya prosiding itu berkaitan telah disiarkan dalam hal keadaan bahawa dia tidak mengetahui dan tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia telah mengambil bahagian dalam penyiaran itu.
Menzahirkan kandungan ubat