Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
menjual dengan secara runcit apa-apa artikel yang terdiri daripada atau mengandungi suatu bahan yang disyorkan sebagai ubat; atau
(b)
membekalkan mana-mana artikel sedemikian sebagai suatu sampel bagi maksud mendorong orang untuk membeli secara runcit bahan yang daripadanya ianya terdiri atau terkandung, melainkan jika ada tertulis di dalam bahasa Inggeris atau bahasa
Kebangsaan supaya dapat dibaca dengan terang pada artikel itu atau sesuatu label yang dilekatkan padanya, atau, jika artikel itu dijual atau dibekalkan sebagaimana tersebut dahulu di dalam suatu bekas, pada bekas atau suatu label yang dilekatkan padanya, atau, jika artikel itu dijual atau dibekalkan sebagaimana tersebut dahulu dalam lebih daripada satu bekas, pada bahagian dalam bekas itu atau suatu label yang dilekatkan padanya—
(i)
gelaran yang diuntukkan bagi bahan yang disyorkan sedemikian, atau bagi tiap-tiap juzuk yang aktif baginya, atau bagi tiap-tiap ramuan daripada mana ianya telah disebatikan; dan 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 290
(ii)
dalam hal di mana gelaran yang diperuntukkan bagi tiap-tiap juzuk yang aktif atau bagi ramuan itu ditulis sebagaimana tersebut dahulu, butiran kuantitatif yang diuntukkan bagi juzuk atau ramuan itu:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana artikel yang dibuat dan dibekalkan bagi kegunaan seseorang yang tertentu, sebagai suatu artikel yang dipreskripsikan dengan merujuk kepada keperluan orang itu.
(2)
Dalam subseksyen yang terdahulu—
(a)
ungkapan “gelaran yang diuntukkan”, berhubungan dengan suatu bahan, juzuk atau ramuan, ertinya—
(i)
dalam hal di mana bahan, juzuk atau ramuan itu adalah racun yang termasuk di dalam Senarai
Racun, nama dengan mana bekas racun yang pada masa itu dikehendaki dilabel atau ditanda menurut subperaturan 10 (1) dan Peraturan 11
Peraturan-Peraturan Racun 1952 [L.N.440/1952], atau undang-undang bersamaan yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan;
(ii)
dalam hal di mana bahan, juzuk atau ramuan itu bukannya racun dan dihuraikan dalam mana-mana monograf yang terkandung di dalam edisi British
Pharmacopoeia atau
British
Pharmaceutical
Codex yang terakhir disiarkan sebelum tarikh artikel itu dijual atau dibekalkan, huraian yang dibentangkan di kepala monograf itu;
(iii)
dalam hal di mana bahan, juzuk atau ramuan itu bukannya racun, dan tidak dihuraikan seperti dalam subperenggan (ii) perenggan ini, nama saintifik yang diterima, atau nama lain yang
Ubat (Iklan dan Penjualan) 15
menghuraikan sifat sebenar bahan, juzuk atau ramuan itu;
(b)
ungkapan
“butiran kuantitatif yang diuntukkan”, berhubungan dengan juzuk yang aktif atau ramuan sesuatu bahan, ertinya—
(i)
anggaran peratus bagi tiap-tiap juzuk atau ramuan yang terkandung di dalam bahan itu atau anggaran kuantiti bagi tiap-tiap juzuk atau ramuan yang terkandung di dalam artikel yang dijual atau dibekalkan itu; atau
(ii)
dalam hal di mana artikel itu terdiri daripada atau mengandungi beberapa bahagian berasingan bahan itu, sama ada anggaran peratus atau kuantiti yang tersebut dahulu, atau anggaran kuantiti bagi tiap-tiap juzuk atau ramuan yang terkandung dalam tiap-tiap bahagian; dan
(c)
perkataan “bekas” termasuklah sesuatu pembalut.
(3)
Jika mana-mana orang menjual atau membekalkan sesuatu artikel berlanggaran dengan peruntukan yang terdahulu bagi seksyen ini, tertakluk kepada Akta ini, dia boleh dikenakan atas sabitan terus—
(a)
bagi sabitan pertama, denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit; dan
(b)
bagi sabitan yang berikutnya, denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit, atau penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada enam bulan, atau kedua-duanya.
Pegawai diberi kuasa