Malaysia legislation

Section 6B

of *AKTA UBAT (IKLAN DAN PENJUALAN) 1956

Seksyen 6B

Kuasa menyiasat

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah bertulis, menghendaki supaya hadir di hadapannya mana-mana orang yang, daripada maklumat yang diberikan atau selainnya, didapati tahu tentang hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dikehendaki di bawah seksyen ini melakukan perjalanan yang lebih daripada dua belas kilometer dari tempat tinggalnya yang biasa, tidak termasuk apa-apa bahagian perjalanan itu yang boleh dilakukan dengan keretapi, motokar atau kenderaan lain.

(3)

Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen

(2)

, maka pegawai berkuasa yang mengeluarkan perintah itu boleh melaporkan keengganan itu kepada Majistret yang boleh sesudah itu, mengikut budi bicaranya, mengeluarkan waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.

Pemeriksaan saksi

Section 6B — AKTA UBAT (IKLAN DAN PENJUALAN) 1956 | mylaw.my