Malaysia legislation
Section 6C
Seksyen 6C
(2)
Orang itu hendaklah terikat untuk menjawab semua soalan berhubungan dengan hal yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan jika pegawai itu gagal atau enggan apabila diminta
Ubat (Iklan dan Penjualan) 17
mengemukakan kepadanya kuasa secara bertulis yang diberi oleh
Menteri kepada pegawai itu di bawah seksyen 6A dan orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang mana jawapannya mempunyai kemungkinan menyebabkan dirinya terdedah kepada tuduhan jenayah atau penalti atau lucut hak.
(3)
Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan sesuatu yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan-soalan.
(4)
Seorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah pada mulanya memberitahu orang itu peruntukan-peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5)
Sesuatu pernyataaan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, pada bila-bila masa yang boleh, diturunkan secara bertulis dan, selepas ianya dibaca kepada orang itu dalam bahasa pernyataan itu dibuat dan dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya, hendaklah ditandatangani olehnya atau dibubuh cap ibu jarinya.
Kuasa memasuki premis