Malaysia legislation
Section 6D
Seksyen 6D
Apabila seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah atau sedang dilakukan dalam mana-mana premis atau yang berkaitan dengan apa-apa perniagaan yang dijalankan di atas mana-mana premis, dia boleh pada bila-bila masa yang munasabah memasuki, menggeledah dan memeriksa premis itu dan boleh menyiasat, mengalih dan menahan apa-apa iklan, buku, kelengkapan atau artikel lain yang dijumpai di dalamnya yang mana pada pendapat pegawai itu boleh menjadi bukti mengenai pelakuan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Penalti bagi menyekat atau menghalang seseorang pegawai diberi kuasa
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 290