Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
(a)
dengan menggantikan takrif "Kampus" dengan takrif yang berikut:
"Kampus", berhubung dengan sesuatu Universiti atau Kolej Universiti, ertinya—
(a)
Kampus atau Kampus Cawangan Universiti atau Kolej Universiti itu;
(b)
Kampus sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1); dan
(c)
kawasan, bersekali dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, sama ada untuk selama-lamanya atau selainnya, oleh Universiti atau Kolej Universiti itu;'; dan
(b)
dengan memasukkan selepas takrif "kesalahan boleh daftar" takrif yang berikut:
“Ketua Pengarah”ertinya Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang dilantik di bawah subseksyen 4c(1) dan termasuk Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen yang sama;'.
Bahagian baru $ \mathrm{II}{A} $