Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2012/A1433
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2012 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1433 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 2
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan menggantikan takrif "Kampus" dengan takrif yang berikut:
"Kampus", berhubung dengan sesuatu Universiti atau Kolej Universiti, ertinya—
Kampus sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1); dan
kawasan, bersekali dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, sama ada untuk selama-lamanya atau selainnya, oleh Universiti atau Kolej Universiti itu;'; dan
dengan memasukkan selepas takrif "kesalahan boleh daftar" takrif yang berikut:
“Ketua Pengarah”ertinya Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang dilantik di bawah subseksyen 4c(1) dan termasuk Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen yang sama;'.
Bahagian baru $ \mathrm{II}{A} $
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian II Bahagian yang berikut:
"BAHAGIAN IIA
PENTADBIRAN
Pelantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Ketua Pengarah hendaklah menasihati Menteri mengenai perkara yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Menteri.
Ketua Pengarah imbalan Ketua enteri mengenaiaggi.
ai fungsi dan oleh Akta ini iteri dan Ketua arahan yang
Semasa ketiadaan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah boleh menjalankan fungsi dan kuasanya.
Pewakilan fungsi, kuasa dan kewajipan Menteri
Apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Ketua Pengarah atas nama dan bagi pihak Menteri.
Ketua Pengarah yang kepadanya apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan diwakilkan di bawah subseksyen (1) adalah terikat untuk menuruti dan mematuhi semua syarat, had atau sekatan yang dikenakan oleh Menteri.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Menteri daripada menunaikan apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa.
Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini.".
Pindaan seksyen 5A
Seksyen 5A Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
"Ketidakpakaian Akta bagi universiti yang ditubuhkan demi kepentingan negara, dsb."; dan
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
"(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membenarkan penubuhan mana-mana institusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti, apa jua nama atau gelarannya, jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat demi kepentingan negara institusi pelajaran tinggi sedemikian ditubuhkan.".
Penggantian seksyen 15
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seseorang pelajar Universiti tidak boleh—
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu; atau
Seseorang pelajar Universiti dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
nubuhan henyalahi mu di luar ortubuhan innya suatu baga sebagai kesentosaan k di dalam una persatuan niversiti yang nbagaan, tidak ya yang boleh kan sokongan terhadap—
an, badan atau indang-undang Malaysia; atau in, badan atau oleh Lembaga pentingan dan siti itu.
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada—
membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga di bawah perenggan (3)(b) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
Universiti hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti di dalam Kampus.".
Pindaan seksyen $ 1 6^{\mathrm{B}} $
"Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
dalam subseksyen (11), dengan menggantikan perkataan "tiga puluh" dengan perkataan "enam puluh".
Bahagian baru IVA
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IV Bahagian yang berikut:
"BAHAGIAN IVA
DAFTAR DAN PANGKALAN DATA
Quoted provision
orang yang diberi ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran kehormat;
orang yang dilantik sebagai seorang profesor dan termasuk orang yang diberi gelaran Profesor Diraja atau Profesor Emeritus; dan
apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pendidikan tinggi yang difikirkannya perlu.
Ketua Pengarah boleh menjadikan Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan tersedia bagi pemeriksaan awam tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Seseorang boleh apabila fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dibayar—
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada Daftar itu.
Kewajipan untuk menyenggarakan pangkalan data
Quoted provision
orang yang diberi ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran kehormat;
orang yang dilantik sebagai seorang profesor dan termasuk orang yang diberi gelaran Profesor Diraja atau Profesor Emeritus; dan
apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pendidikan tinggi yang difikirkannya perlu.
Pangkalan data yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dijadikan boleh diakses oleh Menteri sebagaimana yang dikehendakinya.".
Seksyen baru 24E
Kewajipan untuk menyenggarakan daftar
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24D seksyen yang berikut:
Quoted provision
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
untuk menetapkan bentuk yang dalamnya suatu daftar hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini, catatan yang hendaklah dibuat dalamnya, peruntukan bagi pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripada daftar itu dan pembekalan salinan cabutan itu dan fi yang hendaklah dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan itu masing-masing;
untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud Akta ini."
Pindaan Jadual Pertama
"Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, syarat pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang hendaklah ditentukan oleh Lembaga."; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
"(4) Seseorang yang dilantik sebagai Pendaftar, Bursar dan Penasihat Undang-Undang hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan apabila tempoh itu habis, Pendaftar, Bursar dan Penasihat Undang-Undang itu adalah layak untuk dilantik semula.
Seseorang yang dilantik sebagai Ketua Pustakawan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga.
Pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.";
dengan memasukkan selepas seksyen 21 seksyen yang berikut:
"Jawatankuasa Aduan Pelajar
dua orang ahli yang dipilih oleh Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti; dan
dua orang pegawai lain Universiti yang dilantik oleh Lembaga selepas mengambil kira dengan sewajarnya kepentingan untuk menjamin suatu Jawatankuasa Aduan Pelajar yang mendapat keyakinan pelajar.
Jawatankuasa Aduan Pelajar hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dalam menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa-apa aduan yang dibuat oleh pelajar mengikut cara yang ditetapkan oleh Statut.".
Pindaan Jadual Kedua
Jadual Kedua kepada Akta ibu dipinda dalam subsubsubperenggan 1(a)(iv) dalam teks bahasa kebangsaan dengan memotong perkataan "tidak" selepas perkataan "pemenjaraan selama tempoh yang".
Kecualian
Semua tindakan yang belum selesai di bawah seksyen 16 Akta ibu berhubung dengan perkara yang disebut dalam perenggan 15(5)(a) Akta ibu terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.