Malaysia legislation

Section 4

of AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2012

Seksyen 4

Seksyen 5A Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

"Ketidakpakaian Akta bagi universiti yang ditubuhkan demi kepentingan negara, dsb."; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

"(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membenarkan penubuhan mana-mana institusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti, apa jua nama atau gelarannya, jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat demi kepentingan negara institusi pelajaran tinggi sedemikian ditubuhkan.".

Penggantian seksyen 15

Section 4 — AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2012