Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan seksyen 15a dengan seksyen yang berikut:
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1713
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI
(PINDAAN) 2024
4
Undang-Undang Malaysia
Akta A1713
“Majlis Perwakilan Pelajar atau badan pelajar boleh membuat, dsb., pungutan wang atau menerima wang atau sumbangan lain 15a. (1) Majlis Perwakilan Pelajar Universiti atau mana-mana badan pelajar Universiti boleh, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, membuat, menganjurkan atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang atau menerima wang atau apa-apa sumbangan lain daripada mana-mana orang atau kumpulan orang.
(2)
Dalam membuat atau menganjurkan atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang atau menerima wang atau sumbangan lain daripada mana-mana orang atau kumpulan orang di bawah subseksyen (1), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti atau badan pelajar Universiti hendaklah mematuhi peraturan-peraturan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
(3)
Tiada seorang pun pelajar Universiti boleh membuat, menganjurkan atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang atau menerima wang atau apa-apa sumbangan lain daripada mana-mana orang atau kumpulan orang melainkan jika pembuatan atau penganjuran atau pengambilan bahagian dalam pungutan wang itu atau penerimaan wang atau apa-apa sumbangan lain itu adalah atas nama atau bagi pihak Majlis
Perwakilan Pelajar Universiti atau mana-mana badan pelajar
Universiti.
(4)
Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (3)
boleh dikenakan tindakan tatatertib.”.
Pindaan seksyen 16b