Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Seksyen 16b Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“Naib Canselor” dengan perkataan “Jawatankuasa
Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga”;
(b)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Naib Canselor yang” dengan perkataan “Jawatankuasa
Tatatertib Pelajar yang”;
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan)
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Jawatankuasa Tatatertib Pelajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor sebagai pengerusi dan pekerja Universiti yang dilantik oleh
Lembaga.”;
(d)
dengan memotong subseksyen (3);
(e)
dalam subseksyen (3a), dengan menggantikan perkataan
“Naib Canselor, atau Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau kewajipan di bawah subseksyen (3),”
dengan perkataan “Jawatankuasa Tatatertib Pelajar”;
(f)
dalam subseksyen (3d), dengan menggantikan perkataan
“Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan,” dengan perkataan “Jawatankuasa Tatatertib
Pelajar”;
(g)
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan,” dengan perkataan “Jawatankuasa Tatatertib
Pelajar”; dan
(h)
dengan menggantikan subseksyen (8) dengan subseksyen yang berikut:
“(8) Tiada seorang pun ahli Jawatankuasa Tatatertib
Pelajar boleh menjadi ahli Jawatankuasa Rayuan
Tatatertib Pelajar.”.
Pindaan Jadual Pertama