Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Dalam hal melalui apa-apa wasiat apa-apa harta hendaklah dicagarkan dengan apa-apa hutang atau hutang-hutang, dan mana-mana pemiutang, atau isteri atau suami bagi mana-mana pemiutang, yang hutangnya telah dicagarkan sedemikian, hendaklah mengaku saksi penyempurnaan wasiat itu, pemiutang itu walau apa pun cagaran sedemikian hendaklah diterima sebagai saksi untuk membuktikan penyempurnaan wasiat itu, atau untuk membuktikan kesahan atau ketaksahannya.