Seksyen 1
(2)
Akta ini hendaklah terpakai bagi Negeri-Negeri Semenanjung
Malaysia sahaja.
Tafsiran dan pemakaian
/akn/my/act/act/1959/346
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA WASIAT 1959 is Malaysia Act, cited as Act 346 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.
Opening note
Akta ini hendaklah terpakai bagi Negeri-Negeri Semenanjung
Malaysia sahaja.
Tafsiran dan pemakaian
Akta ini tidak terpakai bagi wasiat orang yang menganuti agama Islam yang kuasa perwasiatan hendaklah kekal tidak tersentuh oleh apa-apa pun yang terkandung dalam Akta ini.
Harta yang boleh dipindahkan melalui wasiat
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiap-tiap orang yang sempurna akal boleh mendeviskan, mewariskan atau memindahkan melalui wasiatnya, yang disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki kemudian daripada ini, semua harta yang dipunyai olehnya atau yang kepadanya dia berhak sama ada di sisi undang-undang atau dalam ekuiti pada masa kematiannya walau apa pun bahawa dia boleh menjadi berhak ke atas harta itu kemudian daripada penyempurnaan wasiat itu.
Wasiat budak tidak sah
Tiada wasiat yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah umur dewasa boleh menjadi sah.
_____________________________________________________________
CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia”– lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
Wasiat 7
Cara penyempurnaan
Tiap-tiap wasiat hendaklah ditandatangani pada kaki atau di akhir wasiat itu oleh pewasiat itu atau oleh orang lain di hadapannya dan dengan arahannya; tandatangan itu hendaklah dibuat atau diakui oleh pewasiat sebagai tandatangan kepada wasiatnya di hadapan dua saksi atau lebih yang hadir pada masa yang sama, dan saksi-saksi itu hendaklah menandatangani wasiat itu di hadapan pewasiat itu, tetapi tiada bentuk pengakusaksian boleh diperlukan:
Dengan syarat bahawa tiap-tiap wasiat hendaklah, setakat yang hanya berkenaan dengan kedudukan tandatangan pewasiat itu, atau orang yang menandatangani baginya seperti yang disebut terdahulu, disifatkan sebagai sah di bawah seksyen ini jika tandatangan itu diletakkan pada atau selepas, atau yang berikutnya, atau di bawah, atau di sebelah, atau bertentangan di akhir wasiat itu, bahawa hendaklah nyata di atas muka wasiat itu bahawa pewasiat itu bermaksud untuk memberi kesan dengan tandatangannya yang sedemikian kepada tulisan yang ditandatangani sebagai wasiatnya;
dan tiada wasiat sedemikian boleh terjejas oleh hal keadaan—
bahawa tandatangan itu tidak mengikut atau sebaik selepas kaki atau di akhir wasiat itu;
bahawa suatu ruang kosong hendaklah mencelah di antara kata penutup wasiat itu dengan tandatangan itu;
bahawa tandatangan itu diletakkan dalam kalangan perkataan klausa testimoni atau klausa pengakusaksian, atau hendaklah mengikut atau selepas atau di bawah klausa pengakusaksian, sama ada dengan atau tanpa ruang kosong yang mencelah, atau hendaklah mengikut atau ada selepas, atau di bawah, atau di sebelah nama atau salah satu daripada nama saksi penandatangan;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 346
bahawa tandatangan itu hendaklah berada di suatu sisi atau halaman atau bahagian lain kertas itu atau kertas-kertas yang mengandungi wasiat itu yang padanya tiada klausa atau perenggan atau bahagian yang memindahkan wasiat itu boleh ditulis di atas tandatangan itu; atau
bahawa terdapat ruang yang cukup di atas atau di bawah sisi atau halaman yang sebelumnya atau bahagian lain daripada kertas yang sama yang di atasnya wasiat itu ditulis mengandungi tandatangan itu, dan sebutan satu persatu hal keadaan di atas tidaklah menyekat keluasan makna proviso ini; tetapi tiada tandatangan boleh dikuatkuasakan untuk memberi kesan kepada apa-apa pemindahan atau arahan yang di bawahnya atau yang mengikutnya, dan tiada ia memberi kesan kepada apa-apa pemindahan atau arahan yang dimasukkan selepas tandatangan itu dibuat.
Penyempurnaan pelantikan melalui wasiat
Tiap-tiap wasiat yang disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki sebelum ini hendaklah, setakat berkenaan dengan penyempurnaan dan pengakusaksiannya, menjadi penyempurnaan yang sah bagi suatu kuasa pelantikan melalui wasiat, walau apa pun bahawa hendaklah secara nyata dikehendaki bahawa suatu wasiat yang dibuat dalam menjalankan kuasa itu patut disempurnakan dengan beberapa tambahan atau bentuk lain penyempurnaan atau secara rasmi.
Wasiat 9
Penyiaran wasiat tidak perlu
Tiap-tiap wasiat yang disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki sebelum ini hendaklah menjadi sah tanpa apa-apa penyiaran baginya.
Wasiat tidak boleh menjadi tidak sah oleh sebab ketidakkompetenan saksi yang mengaku saksi
Jika mana-mana orang yang mengaku saksi penyempurnaan suatu wasiat pada masa penyempurnaannya atau pada bila-bila masa selepas itu menjadi tidak kompeten untuk diterima sebagai saksi untuk membuktikan penyempurnaannya, wasiat itu tidaklah oleh sebab itu menjadi tidak sah.
Alang kepada seorang saksi yang pengakusaksian atau isteri atau suami kepada saksi pengakusaksian menjadi tidak sah
Jika mana-mana orang yang mengaku saksi penyempurnaan apa-apa wasiat yang kepadanya atau yang kepada isteri atau suami apa-apa devis benefisial, legasi, harta pusaka, kepentingan, alang atau pelantikan bagi atau yang menyentuh apa-apa harta, selain dan kecuali caj dan arahan bagi pembayaran apa-apa hutang atau hutang-hutang, hendaklah dengan itu diberikan atau dibuat, apa-apa devis, legasi, harta pusaka, kepentingan, alang atau pelantikan sedemikian, setakat yang melibatkan orang yang mengaku saksi penyempurnaan wasiat itu, atau isteri atau suami orang itu, atau mana-mana orang yang menuntut di bawah orang itu atau isteri atau suami, menjadi sama sekali batal dan tidak sah, dan orang yang mengaku saksi sedemikian hendaklah diterima sebagai saksi untuk membuktikan penyempurnaan atau untuk membuktikan kesahan atau ketaksahannya, walau apa pun devis, legasi, kepentingan, alang atau pelantikan sedemikian yang disebut dalam wasiat itu.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 346
Pemiutang yang mengaku saksi suatu wasiat yang mencagarkan harta pusaka bagi hutang hendaklah diterima seorang saksi
Dalam hal melalui apa-apa wasiat apa-apa harta hendaklah dicagarkan dengan apa-apa hutang atau hutang-hutang, dan mana-mana pemiutang, atau isteri atau suami bagi mana-mana pemiutang, yang hutangnya telah dicagarkan sedemikian, hendaklah mengaku saksi penyempurnaan wasiat itu, pemiutang itu walau apa pun cagaran sedemikian hendaklah diterima sebagai saksi untuk membuktikan penyempurnaan wasiat itu, atau untuk membuktikan kesahan atau ketaksahannya.
Wasi kompeten menjadi seorang saksi
Tiada seorang pun, disebabkan menjadi seorang wasi bagi suatu wasiat, menjadi tidak kompeten untuk diterima sebagai seorang saksi untuk membuktikan penyempurnaan wasiat itu atau seorang saksi untuk membuktikan kesahan atau ketaksahannya.
Wasiat hendaklah terbatal oleh perkahwinan kecuali dalam hal tertentu
Tiap-tiap wasiat yang dibuat oleh seorang lelaki atau perempuan hendaklah menjadi terbatal oleh perkahwinannya, kecuali suatu wasiat yang dibuat pada menjalankan suatu kuasa pelantikan, apabila harta yang ditentukan itu tidak akan dalam ketiadaan pelantikan itu berpindah kepada waris, wasi atau pentadbirnya atau orang yang berhak dalam hal kematian tidak berwasiatnya:
Dengan syarat bahawa suatu wasiat yang dinyatakan untuk dibuat pada menjangkakan sesuatu perkahwinan tidak boleh terbatal oleh upacara perkahwinan yang dijangkakan; dan proviso ini hendaklah terpakai walau pun bahawa perkahwinan yang dijangkakan itu menjadi perkahwinan yang pertama, kedua atau kemudiannya bagi seseorang yang mengamalkan poligami secara sah.
Wasiat 11
Tiada wasiat boleh terbatal oleh anggapan daripada hal keadaan yang diubah
Tiada wasiat boleh menjadi terbatal oleh apa-apa anggapan mengenai suatu niat atas alasan suatu pengubahan dalam hal keadaan.
Pembatalan wasiat
Tiada wasiat atau mana-mana bahagiannya boleh terbatal selain seperti yang disebut terdahulu, atau oleh suatu wasiat lain yang disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki sebelum daripada ini, atau melalui suatu tulisan yang mengisytiharkan suatu niat untuk membatalkan wasiat itu, dan disempurnakan mengikut cara yang suatu wasiat dikehendaki untuk disempurnakan sebelum daripada ini, atau dengan membakar, mengoyak atau selainnya memusnahkan wasiat itu oleh pewasiat, atau oleh seorang dalam kehadirannya dan atas arahannya, dengan niat untuk membatalkan wasiat itu.
Kesan bagi pemadaman, tulisan antara barisan atau pengubahan
Tiada pemadaman, tulisan antara barisan atau pengubahan lain yang dibuat dalam apa-apa wasiat selepas penyempurnaannya boleh menjadi sah atau mempunyai apa-apa kesan kecuali setakat yang perkataan atau kesan wasiat itu sebelum pengubahan itu hendaklah tidak nyata, melainkan jika pengubahan itu disempurnakan mengikut cara yang sama sebagaimana yang dikehendaki sebelum daripada ini bagi penyempurnaan wasiat itu; tetapi wasiat itu, dengan pengubahan itu sebagai sebahagian daripadanya, hendaklah disifatkan sebagai disempurnakan dengan sewajarnya jika tandatangan pewasiat itu dan penandatanganan saksi itu dibuat dalam birai atau atas pada suatu bahagian lain wasiat bertentangan atau berdekatan dengan pengubahan itu atau pada kaki atau di akhir atau bertentangan dengan suatu memorandum yang merujuk kepada pengubahan itu dan ditulis di hujung atau suatu bahagian lain wasiat itu.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 346
Menghidupkan semula wasiat yang terbatal
Apabila mana-mana wasiat yang telah sebahagiannya dibatalkan, dan kemudiannya dibatalkan secara keseluruhannya, dihidupkan semula, menghidupkan semula wasiat itu tidaklah meluas kepada sekian banyak daripadanya sebagaimana yang telah dibatalkan sebelum pembatalan keseluruhannya, melainkan jika suatu niat sebaliknya ditunjukkan.
Pemindahhakan kemudian atau perbuatan lain kemudiannya tidak menghalang penjalanan wasiat
Tiada pindah milik, pemindahhakan, penyerahhakan atau perbuatan lain yang dibuat atau yang dilakukan kemudian daripada penyempurnaan suatu wasiat atau kodisil bagi atau yang berhubungan dengan apa-apa harta yang terkandung dalamnya, kecuali suatu perbuatan yang melaluinya wasiat atau kodisil itu terbatal seperti yang disebut terdahulu, boleh menghalang penjalanan wasiat atau kodisil itu yang berkenaan dengan harta pusaka, hak, bahagian atau kepentingan dalam harta itu sebagaimana yang pewasiat itu hendaklah mempunyai kuasa untuk melupuskan melalui wasiat pada masa kematiannya.
Wasiat hendaklah ditafsirkan sebagai bermula dari tarikh kematian pewasiat
Tiap-tiap wasiat hendaklah ditafsirkan, dengan merujuk kepada harta yang terkandung dalamnya, sebagai bermula dan berkuat kuasa seolah-olah ia telah disempurnakan sebaik sebelum kematian pewasiat itu, melainkan jika terdapat suatu niat yang berlawanan melalui wasiat itu.
Wasiat 13
Devis atau bekues bakian hendaklah termasuk harta pusaka yang terkandung dalam devis atau bekues yang telah luput dan tidak sah
Melainkan jika terdapat niat yang berlawanan melalui wasiat itu, harta sedemikian sebagaimana yang terkandung atau dimaksudkan terkandung dalam apa-apa devis atau bekues dalam wasiat ia terkandung, yang gagal atau menjadi tidak sah oleh sebab kematian penerima devis atau penerima legasi semasa hayat pewasiat itu atau oleh sebab devis atau bekues yang berlawanan dengan undang-undang atau selainnya tidak berupaya untuk berkuat kuasa, hendaklah dimasukkan dalam devis atau bekues bakian masing-masing, jika ada, yang terkandung dalam wasiat itu.
Devis am atau bekues harta hendaklah termasuk harta yang ke atasnya pewasiat mempunyai kuasa pelantikan am
Suatu devis am atau bekues harta pusaka atau harta pewasiat yang diperihalkan mengikut cara am hendaklah ditafsirkan termasuk apa-apa harta yang padanya perihalan itu diperluas yang padanya dia mempunyai kuasa untuk melantik mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut dan hendaklah berkuat kuasa sebagai suatu penyempurnaan kuasa itu melainkan jika terdapat niat yang berlawanan dalam wasiat itu.
Devis atau bekues tanpa perkataan pembatasan
Jika harta dideviskan atau dibekueskan kepada mana-mana orang tanpa apa-apa perkataan pembatasan, devis atau bekues itu hendaklah ditafsirkan melepaskan tanpa menerima apa-apa atau mendapat apa-apa kelebihan kepada keseluruhan harta pusaka atau kepentingan dalam harta itu yang pewasiat mempunyai kuasa untuk melupuskan melalui wasiat melainkan jika ternyata melalui wasiat itu bahawa hanya suatu kepentingan terhad dimaksudkan bagi penerima devis atau penerima legasi itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 346
Pentafsiran perkataan yang memaksudkan ketiadaan atau kegagalan zuriat
Dalam apa-apa devis atau bekues bagi harta, perkataan “mati tanpa zuriat” atau “mati tanpa meninggalkan zuriat”, atau apa-apa perkataan lain yang boleh membawa maksud sama ada ketiadaan atau kegagalan zuriat bagi mana-mana orang semasa hayatnya atau pada masa kematiannya, atau suatu kegagalan zuriat yang tidak ditentukan, hendaklah ditafsirkan bererti ketiadaan atau kegagalan zuriat semasa hayat atau pada masa kematian orang itu, dan bukan suatu kegagalan zuriat yang tidak ditentukan, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan melalui wasiat itu:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidaklah diperluas kepada hal yang perkataan sedemikan seperti yang disebut terdahulu membawa maksud jika tiada zuriat yang diperihalkan dalam suatu alang terdahulu dilahirkan, atau jika tiada zuriat yang hidup untuk mencapai usia itu atau selainnya memenuhi perihalan yang dikehendaki bagi memperoleh harta pusaka yang terletak hak oleh suatu alang terdahulu kepada zuriat itu.
Devis atau bekues harta kepada pemegang amanah atau wasi
Jika apa-apa harta didevis atau dibekues kepada mana-mana pemegang amanah atau wasi, devis atau bekues itu hendaklah ditafsirkan sebagai melepaskan tanpa menerima apa-apa atau mendapat apa-apa kelebihan kepada keseluruhan harta pusaka atau kepentingan dalam harta itu yang pewasiat itu mempunyai kuasa untuk melupuskan melalui wasiat melainkan jika suatu kepentingan yang lebih kecil mengenai harta benda itu diberikan kepadanya secara nyata atau secara tersirat.
Devis atau bekues harta kepada pemegang amanah tanpa batasan
Jika apa-apa harta dideviskan atau dibekueskan kepada seseorang pemegang amanah, tanpa apa-apa batasan nyata bagi harta pusaka untuk diambil oleh pemegang amanah itu, dan kepentingan
Wasiat 15
benefisial mengenai harta itu, atau mengenai lebihan sewaan dan keuntungannya, tidak boleh diberikan kepada mana-mana orang bagi seumur hidup, atau kepentingan benefisial itu hendaklah diberikan kepada mana-mana orang untuk seumur hidup, tetapi maksud bagi amanah boleh diteruskan di luar hayat orang itu, devis atau bekues itu hendaklah ditafsirkan untuk terletak hak pada atau diserah kepada pemegang amanah itu melepaskan tanpa menerima apa-apa, atau mendapat apa-apa kelebihan kepada keseluruhan harta pusaka yang sah atau kepentingan dalam harta benda itu yang pewasiat mempunyai kuasa untuk melupuskan melalui wasiat, dan bukannya suatu harta pusaka yang boleh ditamatkan apabila maksud amanah itu dipenuhi.
Devis atau bekues kepada anak-anak atau zuriat lain yang meninggalkan zuriat yang hidup pada masa kematian pewasiat tidak boleh luput
Jika mana-mana orang, yang merupakan seorang anak atau zuriat lain bagi pewasiat itu, yang kepadanya apa-apa harta hendaklah dideviskan atau dibekueskan bagi apa-apa harta pusaka atau kepentingan yang tidak ditentukan pada atau sebelum kematian orang itu meninggal dunia semasa hayat pewasiat itu yang meninggalkan zuriat, dan mana-mana zuriat bagi orang itu masih hidup pada masa kematian pewasiat itu, devis atau bekues itu tidaklah luput, tetapi hendaklah berkuat kuasa seolah-olah kematian orang itu telah berlaku sebaik selepas kematian pewasiat itu, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan melalui wasiat itu.
Wasiat terlindung bagi askar, askar udara dan kelasi
Bagi maksud seksyen ini, suatu wasiat terlindung ertinya apa-apa perisytiharan atau disposisi, lisan atau bertulis, yang dibuat oleh atau atas arahan pewasiat itu yang menjelmakan niat pewasiat yang dihasratkannya untuk dijalankan atau kepada penjagaan, jagaan dan tuisyen seseorang anak atau untuk menjalankan suatu kuasa pelantikan.
Suatu perisytiharan boleh menjadi suatu wasiat terlindung yang sah walau pun ia tidak disempurnakan mengikut cara yang didapati diniatkan oleh pewasiat itu atau bahawa ia telah diniatkan oleh pewasiat itu kemudiannya untuk menyempurnakan suatu wasiat formal untuk memberi kuat kuasa kepada pemberian wasiatnya, melainkan jika didapati bahawa kegagalan untuk menyempurnakan perisytiharan itu mengikut cara sedemikian atau wasiat formal itu telah disebabkan oleh peninggalan oleh pewasiat itu terhadap niat wasiat yang dinyatakan melalui perisytiharan itu.
Seksyen 4, 5 dan 6 tidak terpakai bagi wasiat terlindung, dan juga tidak perlu bagi suatu wasiat terlindung bertulis ditandatangani oleh pewasiat itu.
Suatu wasiat terlindung selain suatu wasiat yang selain peruntukan seksyen ini sepatutnya menjadi sah di bawah Akta ini hendaklah menjadi batal apabila habis tempoh satu bulan selepas pewasiat itu yang masih hidup terhenti menjadi berhak untuk membuat suatu wasiat terlindung.
Wasiat yang disempurnakan di luar negara
Suatu wasiat yang disempurnakan di luar Malaysia mengikut cara yang dikehendaki oleh—
undang-undang domisil pewasiat itu pada masa kematiannya, hendaklah disifatkan sebagai wasiat yang disempurnakan bagi maksud diterima sebagai probet di Malaysia, dengan syarat bahawa wasiat itu secara bertulis atau merupakan suatu wasiat terlindung yang dibuat di bawah seksyen 26.
Wasiat oleh warganegara yang disempurnakan di Malaysia
Suatu wasiat yang disempurnakan di Malaysia oleh seorang warganegara (walau apa pun domisil orang itu pada masa membuat wasiat itu atau pada masa kematiannya) hendaklah berkenaan dengan harta alih dan harta tak alih yang terletak di Malaysia disifatkan sebagai suatu wasiat yang disempurnakan bagi maksud diterima sebagai probet di Malaysia jika ia disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki oleh Akta ini.
Pertukaran domisil tidak menjadikan wasiat tidak sah
Tiada wasiat boleh diputuskan sebagai terbatal atau menjadi tidak sah dari segi bentuk dan pentafsirannya tidak boleh diubah hanya disebabkan oleh apa-apa perubahan domisil kemudiannya bagi orang yang membuatnya.
Pentafsiran wasiat
, suatu wasiat yang disempurnakan semula, disiarkan semula atau dihidupkan semula melalui suatu kodisil hendaklah disifatkan telah dibuat pada masa wasiat itu disempurnakan semula, disiarkan semula atau dihidupkan semula.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1)
dan tertakluk pada Akta ini, seksyen 100 Akta Keterangan 1950
[Akta 56] hendaklah terpakai bagi pentafsiran semua wasiat yang dikehendaki ditafsirkan mengikut undang-undang
Malaysia seolah-olah perkataan “dalam Negeri-Negeri Selat atau mana-mana satu daripadanya” yang terdapat dalam seksyen itu telah ditinggalkan.
(Ditinggalkan).
19
Akta 346
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta 23/1967
Akta Tafsiran 1967
18-05-1967
Akta A331
Akta Wasiat (Pindaan)
27-02-1976
1976
________________
20
Akta 346
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
4
Akta A331 27-02-1976