Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Wasiat hendaklah terbatal oleh perkahwinan kecuali dalam hal tertentu
Tiap-tiap wasiat yang dibuat oleh seorang lelaki atau perempuan hendaklah menjadi terbatal oleh perkahwinannya, kecuali suatu wasiat yang dibuat pada menjalankan suatu kuasa pelantikan, apabila harta yang ditentukan itu tidak akan dalam ketiadaan pelantikan itu berpindah kepada waris, wasi atau pentadbirnya atau orang yang berhak dalam hal kematian tidak berwasiatnya:
Dengan syarat bahawa suatu wasiat yang dinyatakan untuk dibuat pada menjangkakan sesuatu perkahwinan tidak boleh terbatal oleh upacara perkahwinan yang dijangkakan; dan proviso ini hendaklah terpakai walau pun bahawa perkahwinan yang dijangkakan itu menjadi perkahwinan yang pertama, kedua atau kemudiannya bagi seseorang yang mengamalkan poligami secara sah.
Wasiat 11