Malaysia legislation

Section 14

of AKTA WASIAT 1959

Seksyen 14

Pembatalan wasiat

Tiada wasiat atau mana-mana bahagiannya boleh terbatal selain seperti yang disebut terdahulu, atau oleh suatu wasiat lain yang disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki sebelum daripada ini, atau melalui suatu tulisan yang mengisytiharkan suatu niat untuk membatalkan wasiat itu, dan disempurnakan mengikut cara yang suatu wasiat dikehendaki untuk disempurnakan sebelum daripada ini, atau dengan membakar, mengoyak atau selainnya memusnahkan wasiat itu oleh pewasiat, atau oleh seorang dalam kehadirannya dan atas arahannya, dengan niat untuk membatalkan wasiat itu.

Section 14 — AKTA WASIAT 1959 | mylaw.my