Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Kesan bagi pemadaman, tulisan antara barisan atau pengubahan
Tiada pemadaman, tulisan antara barisan atau pengubahan lain yang dibuat dalam apa-apa wasiat selepas penyempurnaannya boleh menjadi sah atau mempunyai apa-apa kesan kecuali setakat yang perkataan atau kesan wasiat itu sebelum pengubahan itu hendaklah tidak nyata, melainkan jika pengubahan itu disempurnakan mengikut cara yang sama sebagaimana yang dikehendaki sebelum daripada ini bagi penyempurnaan wasiat itu; tetapi wasiat itu, dengan pengubahan itu sebagai sebahagian daripadanya, hendaklah disifatkan sebagai disempurnakan dengan sewajarnya jika tandatangan pewasiat itu dan penandatanganan saksi itu dibuat dalam birai atau atas pada suatu bahagian lain wasiat bertentangan atau berdekatan dengan pengubahan itu atau pada kaki atau di akhir atau bertentangan dengan suatu memorandum yang merujuk kepada pengubahan itu dan ditulis di hujung atau suatu bahagian lain wasiat itu.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 346