Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Melainkan jika terdapat niat yang berlawanan melalui wasiat itu, harta sedemikian sebagaimana yang terkandung atau dimaksudkan terkandung dalam apa-apa devis atau bekues dalam wasiat ia terkandung, yang gagal atau menjadi tidak sah oleh sebab kematian penerima devis atau penerima legasi semasa hayat pewasiat itu atau oleh sebab devis atau bekues yang berlawanan dengan undang-undang atau selainnya tidak berupaya untuk berkuat kuasa, hendaklah dimasukkan dalam devis atau bekues bakian masing-masing, jika ada, yang terkandung dalam wasiat itu.
Devis am atau bekues harta hendaklah termasuk harta yang ke atasnya pewasiat mempunyai kuasa pelantikan am