Malaysia legislation

Section 22

of AKTA WASIAT 1959

Seksyen 22

Pentafsiran perkataan yang memaksudkan ketiadaan atau kegagalan zuriat

Dalam apa-apa devis atau bekues bagi harta, perkataan “mati tanpa zuriat” atau “mati tanpa meninggalkan zuriat”, atau apa-apa perkataan lain yang boleh membawa maksud sama ada ketiadaan atau kegagalan zuriat bagi mana-mana orang semasa hayatnya atau pada masa kematiannya, atau suatu kegagalan zuriat yang tidak ditentukan, hendaklah ditafsirkan bererti ketiadaan atau kegagalan zuriat semasa hayat atau pada masa kematian orang itu, dan bukan suatu kegagalan zuriat yang tidak ditentukan, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan melalui wasiat itu:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidaklah diperluas kepada hal yang perkataan sedemikan seperti yang disebut terdahulu membawa maksud jika tiada zuriat yang diperihalkan dalam suatu alang terdahulu dilahirkan, atau jika tiada zuriat yang hidup untuk mencapai usia itu atau selainnya memenuhi perihalan yang dikehendaki bagi memperoleh harta pusaka yang terletak hak oleh suatu alang terdahulu kepada zuriat itu.